SKIM LENCANA PEMANDU (KEPANDAIAN - KATEGORI PERKHIDMATAN) PENGAKAP MUDA



Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan dalam perkara berkenaan menunjuk arah suatu perjalanan dengan mengetahui kedudukan tempat-tempat penting dan utama berpandukan peta kawasan berkenaan.


Untuk lulus ujian ini, ahli Pengakap Muda itu perlu:

  1. Menunjukkan kepada Penilai arah jalan yang mudah diikuti ke tempat yang tertentu;
  2. Membuat sebuah peta kasar dengan menandakan dengan jelas tempat-tempat berikut:-
      1. Kediaman doktor, doktor haiwan, doktor gigi, hospital,klinik dan ambulan.
      2. Balai Bomba, Balai Polis, Pejabat Pos, Pondok Telefon, Bengkel Motokar.
      3. Perhentian bas, stesen keretapi, jalan-jalan bas dan keretapi ke tempat-tempat yang berhampiran serta dengan jadual perjalanannya.
      4. lbu Pejabat Pengakap, Tempat Perhimpunan Awam, Kebun Bunga, Pawagam, Tempat Beribadat, Muzium dan lain-lain tempat menarik dan bersejarah.
      5. Kediaman Pesuruhjaya Pengakap Daerah, Penolong-Penolongnya, Pemimpin dan Penolong Pemimpin Kumpulan masing-masing serta ahli-ahll dalam Patrolnya.
  3. Menggunakan peta untuk pergi ke tempat yang diarahkan oleh Penilai yang berturut bersama.
  4. Mengarahkan dengan jelas arah jalan yang mudah dikuti oleh pelawat oleh pelawat ke tapak perkhemahan yang jauhnya lebih kurang 8 kilometer dengan menggunakan kenderaan awam, berbasikal atau berkereta.
  1. Maklumat diri
  2. 8-10 orang ahli patrolnya;
  3. Melakarkan peta lakaran dan tuliskan laporan untuk menunjukkan arah jalan yang mudah diikuti ke tempat yang tertentu;
  4. Membuat sebuah peta kasar dengan menandakan dengan jelas tempat-tempat berikut:-
      1. Kediaman doktor, doktor haiwan, doktor gigi, hospital,klinik dan ambulan.
      2. Balai Bomba, Balai Polis, Pejabat Pos, Pondok Telefon, Bengkel Motokar.
      3. Perhentian bas, stesen keretapi, jalan-jalan bas dan keretapi ke tempat-tempat yang berhampiran serta dengan jadual perjalanannya.
      4. lbu Pejabat Pengakap, Tempat Perhimpunan Awam, Kebun Bunga, Pawagam, Tempat Beribadat, Muzium dan lain-lain tempat menarik dan bersejarah.
      5. Kediaman Pesuruhjaya Pengakap Daerah, Penolong-Penolongnya, Pemimpin dan Penolong Pemimpin Kumpulan masing-masing serta ahli-ahll dalam Patrolnya.
  5. Dengan menggunakan peta lakaran pergi ke tempat yang diarahkan oleh Penilai yang berturut bersama (Tulis laporan dan sertakan gambar anda melakukan perjalanan).
  6. Tulis laporan dan gambar anda memberi arahan yang jelas berkenaan arah jalan yang mudah dikuti oleh pelawat oleh pelawat ke tapak perkhemahan yang jauhnya lebih kurang 8 kilometer dengan menggunakan kenderaan awam, berbasikal atau berkereta; dan
  7. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.
  8. Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.






Catat Ulasan

0 Ulasan