Lencana ini diberikan kepada ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam membaca dengan cekap pelbagai jenis buku seperti buku sastera kanak-kanak, kamus, ensaiklopedia dan menjadi Ahli Perpustakaan Sekolah atau Tempatan.
Pilih 4 sahaja daripada cadangan di bawah:
- Menyediakan daftar lapan buah buku yang dibaca.
- Boleh membaca dengan menepati tanda baca dan tekanan suara yang betul.
- Membuat kritikan atas isi petikan yang dibaca dan membuat telahan.
- Menterjemah petikan penting dan meringkaskannya.
- Menghurai petikan, peribahasa dan kata-kata.
- Membuat penilaian bertulis mengenai buku sastera kanak-kanak.
- Boleh menggunakan kamus dan ensaiklopedia.
- Menjadi perpustakawan sekolah/tempatan.
- Maklumat diri
- Ahli 6 Sekawan
- Menyediakan daftar lapan buah buku yang dibaca. Boleh diambil dari Buku Nilam;
- Menterjemah petikan penting dan meringkaskannya daripada buku-buku yang dibaca;
- Menghurai petikan, peribahasa dan kata-kata;
- Membuat kritikan atas isi petikan yang dibaca dan membuat telahan.
- Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.
- Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.
0 Ulasan