Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui telah mahir pengetahuan dan kesungguhan dalam menjaga dan mencintai alam semulajadi seperti membersihkan kawasan sungai, menutip sampah di tepi pantai dan sebagainya.
Pilih 3 sahaja daripada senarai di bawah:
- Menyimpan catatan harian berkenaan dengan kejadian harian selama tidak kurang dari empat bulan:
- Tumbuh-tumbuhan (paku pakis / rumput rampai / pokok tanaman); atau
- Kehidupan seperti burung / rama-rama / serangga; atau
- Jenis batu fosil atau batu lontar; atau
- Kawan dan musuh tanaman di kebun.
- Memelihara binatang belaan dan ternakan sekurang-kurangnya tiga bulan dan menyimpan catatan mengenainya;
- Mengambil bahagian dalam satu projek bersama Sekawan sendiri atau bersama Pengakap Muda seperti berikut:
- Membersihkan tempat perkhelahan / tepi jalan / tepian pantai / tepian tasik; atau
- Menanam pokok rimbun atau pokok hiasan sama ada di kawasan tempat tinggal atau di sekolahnya; atau
- Membersihkan kawasan rumah dan halaman / kebun belakang rumah atau sekolah.
- Membuat carta cuaca selama satu bulan dalam buku log;
- Membuat buku skrap mengenai Pencemaran Alam Sekitar.
- Maklumat diri
- Ahli 6 Sekawan
- Catatan ringkas harian bergambar sekurang-kurangnya tiga bulan berkenaan;
- Tumbuh-tumbuhan (paku pakis / rumput rampai / pokok tanaman); atau
- Kehidupan seperti burung / rama-rama / serangga; atau
- Jenis batu fosil atau batu lontar; atau
- Kawan dan musuh tanaman di kebun; atau
- Binatang belaan dan ternakan.
- Laporan bergambar penglibatan anda dalam aktiviti seperti berikut;
- Membersihkan tempat perkhelahan / tepi jalan / tepian pantai / tepian tasik; atau
- Menanam pokok rimbun atau pokok hiasan sama ada di kawasan tempat tinggal atau di sekolahnya; atau
- Membersihkan kawasan rumah dan halaman / kebun belakang rumah atau sekolah.
- Carta cuaca selama sebulan atau menyediakan buku skrap mengenai Pencemaran Alam Sekitar;
- Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.
- Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.
0 Ulasan