Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan dan bertugas sebagai pengawal perkhemahan dengan memahami sesuatu tempat perkhemahan dan menunjuk cara menjaga peralatan perkhemahan dan sebagainya.
Untuk lulus ujian ini, ahli Pengakap Muda itu perlu:
- Telah berkhemah tidak kurang daripada 10 malam pada sekurang-kurangnya empat tapak perkhemahan yang berlainan.
- Telah bertugas sekurang-kurangnya 7 hari di tapak perkhemahan tetap (daerah, negeri atau kebangsaan) membantu Pengawal Perkhemahan dengan memuaskan.
- Menunjukkan tiga perkara daripada senarai di bawah ini :-
- Menggunakan kayu arang untuk memasak.
- Membuat unggun api.
- Memasang khemah patrol.
- Menyidai kain basah dan menganginkan alat tempat tidur dan lain-lain di perkhemahan.
- Mencegah " kebakaran" di perkhemahan.
- Menerangkan dan menunjukkan cara digunakan dalam perkhemahan untuk kerja berikut :-
- Membuat meja makanan.
- Membuat tandas.
- Menjaga alat memasak.
- Menjaga air minuman dan makanan.
- Menjaga alatan perkhemahan.
- Mengetahui betapa mustahaknya menjaga taraf perkhemahan yang tinggi dan baik.
- Menyediakan dengan lengkap sebuah peti pertolongan cemas untuk kegunaan satu patrol bagi perkhemahan selama 7 hari.
- Menggunakan 3 daripada alat-alat berikut:
- Kapak penebang
- Gergaji
- Alat-alat ketuk (tukul).
- Sebarang alat mesin ringan seperti mesin pemotong rumput, gergaji rantai dan sebagainya.
- Membincangkan dengan Penilai bagaimana sebuah tapak perkhemanan yang tetap yang tidak asing bagi Pengakap yang pada pendapatnya, boleh diperbaiki dimajukan lagi.
- Maklumat diri
- 8-10 orang ahli patrolnya;
- Laporan dengan gambar anda berkhemah tidak kurang daripada 10 malam pada sekurang-kurangnya empat tapak perkhemahan yang berlainan gambar anda mesti berbeza lokasi.
- Laporan dengan gambar anda bertugas sekurang-kurangnya 7 hari di tapak perkhemahan tetap (daerah, negeri atau kebangsaan) membantu Pengawal Perkhemahan dengan memuaskan.
- Laporan dan gambar anda menunjukkan tiga perkara daripada senarai di bawah ini :-
- Menggunakan kayu arang untuk memasak.
- Membuat unggun api.
- Memasang khemah patrol.
- Menyidai kain basah dan menganginkan alat tempat tidur dan lain-lain di perkhemahan.
- Mencegah " kebakaran" di perkhemahan.
- Laporan dan gambar anda menunjukkan cara yang digunakan dalam perkhemahan untuk kerja berikut :-
- Membuat meja makanan.
- Membuat tandas.
- Menjaga alat memasak.
- Menjaga air minuman dan makanan.
- Menjaga alatan perkhemahan.
- Menerangkan betapa mustahaknya menjaga taraf perkhemahan yang tinggi dan baik.
- Laporan dan gambar anda menyediakan dengan lengkap sebuah peti pertolongan cemas untuk kegunaan satu patrol bagi perkhemahan selama 7 hari.
- Laporan dan gambar anda menggunakan 3 daripada alat-alat berikut:
- Kapak penebang
- Gergaji
- Alat-alat ketuk (tukul).
- Sebarang alat mesin ringan seperti mesin pemotong rumput, gergaji rantai dan sebagainya.
- Membincangkan dengan Penilai bagaimana sebuah tapak perkhemahan yang tetap yang tidak asing bagi Pengakap yang pada pendapatnya, boleh diperbaiki dimajukan lagi; dan
- Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.
- Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.
0 Ulasan