Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam menunggang basikal dengan mengamalkan peraturan lalulitas dan keselamatan jalanraya, membaiki pelbagai jenis kerosakan pada basikal dan menjaga dengan baik.
Untuk lulus Lencana Penunggang Basikal seseorang Pengakap Muda itu perlu lulus ujian dengan mempunyai rekod selama 3 bulan seperti berikut:
Mempunyai dan menggunakan dengan jayanya selama sekurang-kurangnya 6 bulan sebuah basikal yang cukup lengkap dan keadaan baik;
Memperbaiki kerosakan seperti menukar tayar dan tiub, menampal tiub bocor, mengganti alat brek atau bahagian yang lain pada basikal itu mengikut arahan;
Mengetahui peraturan lalulintas dan keselamatan jalanraya serta boleh membaca peta jalanraya;
Mengambil bahagian dalam kegiatan Pengakap yang menggunakan basikal sekurang-kurangnya sejauh 10 kilometer; dan
Mengulangi kata-kata satu berita yang diberi dengan secara lisan yang mesti disampaikan kepada pihak tertentu setelah menunggang basikal selama satu jam.
Maklumat diri
8-10 orang ahli patrolnya
Gambar anda dan basikal anda serta gambar anda menunggang basikal dengan jayanya selama sekurang-kurangnya 6 bulan sebuah basikal yang cukup lengkap dan keadaan baik;
Laporan dan gambar anda memperbaiki kerosakan seperti menukar tayar dan tiub, menampal tiub bocor, mengganti alat brek atau bahagian yang lain pada basikal itu mengikut arahan;
Menulis peraturan lalulintas dan keselamatan jalanraya;
Mengambil bahagian dalam kegiatan Pengakap yang menggunakan basikal sekurang-kurangnya sejauh 10 kilometer. Lakarkan peta perjalanan tersebut;
Mencatat kata-kata satu berita yang diberi oleh dengan secara lisan yang mesti disampaikan kepada pihak tertentu setelah menunggang basikal selama satu jam; dan
Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.
Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.
0 Ulasan