SKIM LENCANA PENYELAMAT NYAWA (KEPANDAIAN - KATEGORI PERKHIDMATAN) PENGAKAP KANAK-KANAK





Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan menyelamat nyawa seperti memulihkan pernafasan CPR, berenang, memadam kebakaran dan meminta pertolongan pihak BOMBA DAN PENYELAMAT, POLIS dan APM.



Untuk lulus Lencana Penyelamat Nyawa seseorang Pengakap Kanak-kanak itu perlu lulus ujian seperti berikut:
  1. Pemegang lencana Ahli Renang;
  2. Menunjukkan cara terjun ke air dengan luncur meniarap dan tendang keribas sekurang-kurangnya 50 meter dibantu oleh Tenaga Pengajar;
  3. Menunjukkan cara berenang gaya tangan di atas kepala, rangkaian meniarap, kuak dada di dalam air;
  4. Menunjukkan cara membantu orang lemas dalam air dengan cara:
      1. Memegang rambut si malang dari belakang;
      2. Mengangkat kepala si malang dari belakang;
      3. Memegang baju si malang;
      4. Menyelamat menggunakan tali; dan
      5. Melontar tali, kayu pendayung dan sebarang kayu.
  5. Menunjukkan cara-cara pemulihan pernafasan (CPR) dari mulut ke mulut;
  6. Mengetahui cara menyelamat diri apabila berlaku kebocoran paip tangki gas beracun dan memahami cara meminta bantuan;
  7. Memahami atau mengetahui cara mmenyelamat dari api, memahami isyarat kebakaran di bangunan besar dan cara memecahkan kaca penggera kebakaran; dan
  8. Menunjukkan cara menyelamat diri dalam kebakaran.



  1. Maklumat diri

  2. Ahli 6 Sekawan                                    

  3. Laporan bergambar anda sedang berenang gaya tangan di atas kepala, rangkaian meniarap, kuak dada di dalam air;

  4. Laporan bergambar anda sedang melakukan pemulihan pernafasan (CPR) dari mulut ke mulut;

  5. Cara-cara menyelamat diri apabila berlaku kebocoran paip tangki gas beracun dan memahami cara meminta bantuan;

  6. Cara-cara mmenyelamat dari api, memahami isyarat kebakaran di bangunan besar dan cara memecahkan kaca penggera kebakaran; 

  7. Gambar anda sedang menunjukkan cara menyelamat diri dalam kebakaran; dan

  8. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.

  9. Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.







Catat Ulasan

0 Ulasan