SKIM LENCANA EKSPEDISI (PENGAKAP REMAJA)




Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Remaja, sebagai mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan rancangan ekspedisi seperti berbasikal, berperahu, berakit, mendaki gunung, berjalan kaki dan melengkapkan log ekspedisi seperti disyaratkan.

Lencana ini dipakai pada lengan kiri kemeja (uniform Pengakap) di tempat yang keempat.


Untuk lulus Lencana Ekspedisi seseorang Pengakap Remaja itu melakukan ujian seperti berikut:


1. LATIHAN EKSPEDISI
    • Mengetahui keperluan peribadi dan patrol untuk ekspedisi dan menunjukkan kaedah membungkus dan membawa bekalan yang lengkap bagi pengembaraan yang beratnya tidak lebih daripada 15 kg termasuk 10 kg barang makanan. Pengakap hendaklah menyediakan serta menyusun keperluan peribadi di dalam beg sandang (haversack).


2. EKSPEDISI

    • PILIHAN 1
    • Mengambil bahagian yang penting dalam satu ekspedisi berpatrol (4 hingga 7 orang) dengan berjalan kaki selama 4 hari 3 malam sejauh 80 km ATAU berbasikal sejauh 150 km dengan melaksanakan tugasan.
            1. Perjalanan hendaklah meliputi jalan raya, jalan desa, hutan berbukit bukau.
            2. Bermalam di satu lokasi, mendirikan khemah dan menyediakan makan malam dan sarapan secara 'backwoods' dan seumpamanya.
            3. Perjalanan meliputi pengembaraan malam tidak kurang dari 3 jam.
        ATAU

    • PILIHAN 2
    • Berakit, berkayak atau berdayung sejauh 50 km selama 4 hari 3 malam di sungai atau di persisiran pantai.

        ATAU

    • PILIHAN 3
    • Mendaki gunung selama 3 hari 2 malam (mengikut keadaan tempatan) tidak kurang 4500 kaki aras laut.


3. TUGASAN
      1. Menyediakan laporan bertulis Log Ekspedisi mengikut format yang disediakan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Selangor.
      2. Tugasan-tugasan tertentu yang berkaitan dengan perjalanan ekspedisi.
      3. Laporan perjalanan dan tugasan hendaklah disokong dengan gambar, rakaman atau video dan sebagainya.
      4. Log Ekspedisi hendaklah dihantar untuk disemak oleh Pemimpin Kumpulan tidak lewat 10 hari selepas ekspedisi untuk kelayakan lencana.


INGATAN:
      1. Pengakap Remaja berkenaan mengetahui dan boleh menyediakan langkah-langkah keselamatan bagi jenis pengembaraan yang dipilih.
      2. Penguji mestilah berpuas hati bahawa Pengakap Remaja berkenaan sihat tubuh badan dan fikiran untuk melakukan ekspedsi itu dan semua syarat keselamatan telah diambil.




  1. Maklumat diri
  2. 8-10 orang ahli patrolnya
  3. Anda perlu pilih dan menyediakan laporan yang lengkap dengan gambar anda sedang menjalankan salah satu ekspedisi daripada ujian Pilihan 1 atau pilihan 2, atau pilihan 3 di atas:
  4. Laporan bergambar tersebut mesti mengandungi sekurang-kurangnya 5 segmen dari mula merancang sesusatu ekspedisi, semasa pelaksanaan ekspedisi, semasa melakukan tugasan ekspedisi, semasa memasak masakan rimba dalam sesusatu ekspedisi dan semasa ekspedisi selesai.
  5. Laporan bergambar anda sedang melakukan tugasan tertentu berkaitan perjalanan ekspedisi yang diberikan oleh Pemimpin anda.
  6. Anda juga boleh menyediakan laporan tugasan sama ada penganggaran atau laporan ringkas dapatan semasa ekspedisi dalam bentuk video. tulis alamat pautan video tersebut dan boleh diakses.
  7. Sediakan lakaran peta ekspedisi mengikut hari ekspedisi dan sediakan satu peta penuh yang menghubungkan semua laluan perjalanan ekspedisi anda. Peta perlu menarik mengandungi penunjuk peta yang mudah dibaca dan tanda arah utara.
  8. Lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.




Catat Ulasan

0 Ulasan