Lencana ini dianugerahkan kepada ahli Pengakap Muda Udara, sebagai mengakui pengetahuan dan memberikan perkhidmatan dalam mengendalikan perhubungan radio dengan mengetahui mengenai panggilan mustahak (urgency call), kecemasan dan dapat menerangkan bahagian kawalan trafik dan fungsinya. Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap Muda Udara mestilah lulus Ujian Lencana Keahlian, Lencana Usaha, Lencana Ahli Udara Kelas II dan Lencana Maju serta dua Lencana Kepandaian Kategori Kegemaran Udara dan satu Lencana Kepandaian Kategori Pengetahuan Udara terlebih dahulu.
Lencana ini dipakai pada lengan sebelah kiri pakaian seragam Pengakap.
Untuk lulus Lencana ini seseorang Pengakap Muda Udara itu perlu lulus semua ujian seperti berikut:
Mengetahui dan menerangkan secara am bagaimana gelombang radio bergerak.
Menerangkan julat jalur VHF dan HF.
Mengetahui mengenai Panggilan Mustahak (Urgency Call) dan Panggilan Kecemasan (Distress Call) dan menunjukkan cara-cara membuat panggilan.
Menjelaskan frekuensi-frekuensi kecemasan.
Menerangkan bahagian-bahagian kawalan trafik udara dan fungsi-fungsinya, serta menyimpan catatan frekuensi-frekuensi berkenaan.
Maklumat diri
8-10 orang ahli patrolnya
Dengan bantuan gambar rajah terangkan secara am bagaimana gelombang radio bergerak.
Dengan bantuan gambar rajah terangkan julat jalur VHF dan HF.
Terangkan mengenai Panggilan Mustahak (Urgency Call) dan Panggilan Kecemasan (Distress Call) dan menunjukkan cara-cara membuat panggilan.
Terangkan mengenai frekuensi-frekuensi kecemasan.
Terangkan mengenai bahagian-bahagian kawalan trafik udara dan fungsi-fungsinya, serta menyimpan catatan frekuensi-frekuensi berkenaan.
DOKUMENTASI VIDEO
- Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.
0 Ulasan