Lencana ini dipakai pada lengan sebelah kiri pakaian seragam Pengakap.
Untuk lulus Lencana ini seseorang Pengakap Muda Udara itu perlu lulus semua ujian seperti berikut:
Mengenalpasti sekurang-kurangnya 10 jenis pesawat pelbagai jenis, sama ada awam atau tentera dan menyimpan catatan ringkas berserta gambar mengenainya.
Mengetahui apa yang dimaksudkan dengan fin flash dan roundel dan melukis sekurang-kurangnya 10 roundel dan fin flash pesawat tentera-tentera udara yang terdapat di dunia.
Mengetahui dan merekodkan awalan (prefix) pendaftaran pesawat awam dari sekurang-kurangnya 10 negara di dunia.
Membuat lawatan ke mana-mana pertunjukan udara atau muzium penerbangan.
Menulis satu rencana ringkas mengenai sebuah pesawat yang digemari dengan menyertakan butir-butir penting seperti sejarah, negara pembuat, penerbangan pertama, dan sebagainya.
Maklumat diri
8-10 orang ahli patrolnya
Dengan menggunakan gambar sekurang-kurangnya 10 jenis pesawat pelbagai jenis, sama ada awam atau tentera dan mmenulis catatan ringkas berserta gambar mengenainya.
Terangkan apa yang dimaksudkan dengan fin flash dan roundel dan melukis sekurang-kurangnya 10 roundel dan fin flash pesawat tentera-tentera udara yang terdapat di dunia.
Membuat laporan bergambar rekodkan awalan (prefix) pendaftaran pesawat awam dari sekurang-kurangnya 10 negara di dunia.
Laporan bergambar yang mengandungi gambar anda sedang melakukan lawatan ke mana-mana pertunjukan udara atau muzium penerbangan.
Tulis satu rencana ringkas mengenai sebuah pesawat yang digemari dengan menyertakan butir-butir penting seperti sejarah, negara pembuat, penerbangan pertama, dan sebagainya.
DOKUMENTASI VIDEO
- Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.
SETELAH LULUS LENCANA
- Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.
0 Ulasan