SKIM LENCANA PENGALAMAN TERBANG (KEPANDAIAN - KATEGORI KEGEMARAN) PENGAKAP MUDA UDARA




Lencana ini dianugerahkan kepada ahli Pengakap Muda Udara, sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam mengenali asas penerbangan dengan menyertainya bersama serta mengetahui jenis-jenis pesawat, pelan perjalanan, keadaan cuaca dan prosedur keselamatan. Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap Muda Udara mestilah lulus Ujian Lencana Keahlian dan Lencana Usaha terlebih dahulu.
Lencana ini dipakai pada lengan sebelah kiri pakaian seragam Pengakap.


Untuk lulus Lencana ini  seseorang Pengakap Muda Udara itu perlu lulus semua ujian dalam Bahagian A atau Bahagian B seperti berikut:

BAHAGIAN A

  1. Menyertai satu penerbangan tidak kurang dari 30 minit waktu di udara bagi pesawat yang kurang dari 5700 kilogram berat berlepas.

  2. Mengambil bahagian yang aktif sebelum penerbangan bermula, ketika penerbangan sedang berlangsung dan setelah penerbangan berakhir.

  3. Menyediakan satu laporan lengkap tentang perjalanan di atas dengan menyertakan butiran jenis penerbangan, jenis pesawat, altitud, kelajuan, pelan perjalanan, keadaan cuaca dan maklumat-maklumat penting yang lain.

  4. Menerangkan prosedur-prosedur keselamatan yang diambil ketika penerbangan tersebut.

ATAU

BAHAGIAN B

  1. Menyertai sekurang-kurangnya 5 penerbangan komersil sama ada dalam atau luar negara.

  2. Menyimpan rekod perjalanan yang lengkap dengan menyertakan butiran seperti jenis pesawat, nama dan tandatangan juruterbang, altitud, kelajuan purata, pelan perjalanan, keadaan cuaca serta maklumat-maklumat lain.

  3. Mengikuti dengan teliti taklimat keselamatan di dalam pesawat dan merekodkan butiran-butirannya.




  1. Maklumat diri

  2. 8-10 orang ahli patrolnya

BAHAGIAN A

  1. Sediakan satu laporan penerbangan tidak kurang dari 30 minit waktu di udara bagi pesawat yang kurang dari 5700 kilogram berat berlepas sertakan gambar anda dalam buku log ini berkenaan penyertaan anda.

  2. Sediakan laporan bergambar, anda mengambil bahagian yang aktif sebelum penerbangan bermula, ketika penerbangan sedang berlangsung dan setelah penerbangan berakhir.

  3. Sediakan satu laporan bergambar lengkap tentang perjalanan di atas dengan menyertakan butiran jenis penerbangan, jenis pesawat, altitud, kelajuan, pelan perjalanan, keadaan cuaca dan maklumat-maklumat penting yang lain.

  4. Terangkan prosedur-prosedur keselamatan yang diambil ketika penerbangan tersebut.

ATAU

BAHAGIAN B

  1. Sediakan laporan bergambar anda menyertai sekurang-kurangnya 5 penerbangan komersil sama ada dalam atau luar negara.

  2. Menyimpan rekod perjalanan yang lengkap dengan menyertakan butiran seperti jenis pesawat, nama dan tandatangan juruterbang, altitud, kelajuan purata, pelan perjalanan, keadaan cuaca serta maklumat-maklumat lain.

  3. Sediakan laporan bergambar anda mengikuti dengan teliti taklimat keselamatan di dalam pesawat dan merekodkan butiran-butirannya.

DOKUMENTASI VIDEO

  1. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.

SETELAH LULUS LENCANA

  1. Lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.






Catat Ulasan

0 Ulasan