KLIK PADA LENCANA UNTUK MENGETAHUI
SKIM LATIHAN PENGAKAP MUDA
LENCANA KEMAJUAN PENGAKAP MUDA
Setelah lulus Lencana Kemajuan Pengakap Muda - Lencana Usaha, Ahli Pengakap Muda dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Kegemaran mengikut minat dan kesukaannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut:
LENCANA KEMAJUAN PENGAKAP MUDA
SELANG TARIKH UJIAN LENCANA USAHA DAN LENCANA MAJU
MESTI SELAMA 6 BULAN
Setelah lulus Lencana Kemajuan Pengakap Muda - Lencana Maju, Ahli Pengakap Muda dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan TIGA (3) Lencana Kepandaian dalam Kategori Pengetahuan. Lencana Ahli Berkhemah adalah lencana wajib dan mesti diperolehi oleh setiap Ahli Pengakap Muda dan DUA (2) adalah pilihan mengikut minat dan kesukaannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut:
Setelah lulus Lencana Kepandaian - Kategori Pengetahuan, Ahli Pengakap Muda dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan TIGA (3) Lencana Kepandaian dalam Kategori Perkhidmatan. Lencana Ahli Pertolongan Cemas adalah lencana wajib dan mesti diperolehi oleh setiap Ahli Pengakap Muda dan DUA (2) adalah pilihan mengikut minat dan kesukaannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut:
Sebelum layak lulus Lencana Jaya, seseorang Pengakap Muda mestilah lulus Lencana Maju dan Lencana Kepandaian (TIGA Lencana Kategori Pengetahuan dan TIGA Lencana Kategori Perkhidmatan) terlebih dahulu.
SELANG TARIKH UJIAN LENCANA MAJU DAN LENCANA JAYA
MESTI SELAMA 6 BULAN
SELANG TARIKH LULUS LENCANA KEMAJUAN PENGAKAP MUDA YANG PERLU DIPATUHI OLEH SETIAP AHLI PENGAKAP MUDA ADALAH 6 BULAN
Setelah lulus Lencana Kemajuan - Lencana Jaya dan LAPAN Lencana Kepandaian (DUA Lencana Kegemaran, TIGA Lencana Pengetahuan dan TIGA Lencana Perkhidmatan). Pengakap Muda itu layak memakai Tanda Cemerlang Rambu Pengakap Muda (Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara).
Klik ikon di bawah untuk mengetahui syarat-syaratnya:
Klik ikon di bawah untuk mengetahui syarat-syaratnya:
0 Ulasan