Dasar Selamat Daripada Bahaya Sedunia mensasarkan keselamatan ahli Pengakap daripada bahaya melalui sokongan kepada kerangka pembangunan Kebangsaan dengan keberkesanan lokaliti setempat. Ini akan menggalakkan kesejahteraan, pembangunan secara sihat serta memastikan keselamatan kanak-kanak dan golongan muda remaja dengan penyediaan persekitaran yang selamat sepanjang pelibatan mereka dalam Pergerakan Pengakap.
Dasar ini diwujudkan mengikut Akta Kanak-Kanak Malaysia 2001 (Akta 611) dan digunapakai sebagai standard piawaian pelaksanaan minimum yang selari dengan nilai prestasi yang telah ditetapkan di dalam PPM berkaitan Dasar Selamat Daripada Bahaya, yang melengkapi dasar, garis panduan, dan prosedur Kebangsaan yang lain.
KLIK UNTUK MUAT TURUN DASAR SELAMAT DARIPADA BAHAYA PPM
0 Ulasan